Home


                 Pasukan Pandu Puteri SIGS ditubuhkan pada 7hb Mei 1950 oleh Pesuruhjaya Pandu Puteri Negeri Johor, YDH Datin MacKenzie dan terdiri daripada dua pasukan yang dipimpin oleh Puan Hicks. Sekarang ia mempunyai 4 pasukan di mana ahlinya dipilih daripada Tingkatan 1 ke atas. Pada tahun 1974, Teratak Dawn telah dibuka secara rasmi dengan RM 6,755, sebahagiannya didapati daripada kegiatan-kegiatan Pandu Puteri dan Renjer. Teratak Dawn merupakan satu pusat bagi kegiatan-kegiatan Pandu Puteri sekolah.

                   Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Badan Beruniform ini ialah berbaris dan kawad kaki. Selain daripada itu, ahli-ahlinya juga membiasakan diri dengan masyarakat sekeliling dengan berkhidmat dalam ‘Minggu Bekerja’ dan kerja bergotong-royong, ‘Pasaria’ dan lain-lain perjumpaan yang memerlukan bantuan mereka.